Minggu, 16 Maret 2014

Muncul Pulau Baru Selepas Gempa 7 7 SR di Pakistan!

25 Sep 2013
 
 ilustrasi (AFP)
Islamabad, - Gempa dahsyat yang mengguncang wilayah Pakistan menyebabkan kematian ratusan orang. Saking dahsyatnya, gempa berkekuatan 7.7 Skala Richter (SR) ini menyebabkan dasar laut terangkat ke atas hingga menciptakan sebuah pulau baru!

Pulau baru ini terletak sekitar 600 meter dari garis pantai Gwadar, Pakistan.

Gempa dahsyat tersebut terjadi pada Selasa, 24 September sekitar pukul 16.29 waktu setempat. Pusat gempa berada sekitar 20 kilometer di bawah tanah di Daerah Awaran, Wilayah Baluchistan yang berbatasan dengan Iran.

"Pulau yang tingginya mencapai 100 kaki (30 meter) dan lebarnya 200 kaki, muncul setelah gempa melanda sebahagian Baluchistan," kata Tufail Baluch, pejabat pemerintahan setempat seperti dilansir kantor berita AFP, Rabu (25/9/2013).

Dikatakannya, pulau serupa pernah muncul di tempat yang sama di Laut Arab tersebut sekitar 60 tahun yang lampau. Namun pulau tersebut menghilang setelah beberapa waktu.

Militer Pakistan ketikaini tengah bergegas untuk menjangkau lokasi gempa yang sejauh ini telah membunuh 208 orang tersebut.

"Jumlah korban yang meninggal akibat gempa telah mencapai 208 orang ketika ini. Yang luka-luka lebih dari 382 orang," kata Asad Gilani, pejabat pemerintah provinsi Baluchistan.

Sebelumnya gempa dahsyat juga terjadi di Pakistan pada tahun 2005 di wilayah Kashmir yang menewaskan sekitar 73 ribu orang. Gempa berkekuatan 7.6 SR tersebut juga menyebabkan jutaan orang kehilangan tempat tinggal.

Sumber:detikNews
Read More..

Sabtu, 15 Maret 2014

Mak Nyah berubah dan bertaubat lepas didera kekasih

Bayan Lepas: Pengalaman pahit disihir, dibelasah dan dikurung ‘teman lelaki’, menjadi titik tolak kepada Mohd Khariri Ramli, 35, atau Erin untuk kembali menjadi lelaki sejati dan meninggalkan dunia mak nyah yang penuh noda.
Mohd Khariri berkata, ketika menjadi mak nyah dia bukan saja ada teman lelaki, malah mereka tinggal bersama seolah-olah suami isteri selama hampir setahun.

“Mula-mula bersama memanglah bahagia, tapi lama kelamaan saya hanya menjadi mangsa belasahannya hingga cedera teruk dan separuh mati.
“Daripada situlah saya mula terfikir untuk bertaubat kerana mula sedar teman lelaki saya hanya mengambil kesempatan dan menggunakan saya untuk kepentingan dirinya,” katanya.

Menurutnya, kejadian dia dibelasah dan dikurung teman lelakinya berlaku 10 tahun lalu yang mengakibatkan batang hidung plastik yang digunakannya untuk kelihatan cantik patah, berulat dan terpaksa dibuang.

“Keadaan saya ketika itu cukup sengsara kerana turut disihir menggunakan bomoh Siam dan banyak duit saya dikikisnya,” katanya.
Mohd Khariri yang bertugas sebagai guru di Selangor, menceritakan pengalaman pahitnya itu ketika ditemui Harian Metro pada Program Perkhemahan Muhibah 2013 anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), di sini, baru-baru ini.

Program itu diadakan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dan Yayasan Ihtimam Malaysia, dihadiri 30 mak nyah sekitar Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.
Mohd Khariri berkata, berikutan kesengsaraan yang dialami dia seperti tersedar daripada mimpi dan mula memikirkan sampai bila dia akan berkeadaan sebegitu.

“Bermula detik itu, saya tekad meninggalkan dunia mak nyah peringkat demi peringkat. Mula-mula insaf lapan tahun lalu, saya masih berpakaian wanita, tapi mula kurangkan pergaulan dan aktiviti dengan kawan mak nyah.

“Kira-kira empat tahun lalu, baru saya ubah terus penampilan dengan berpakaian seperti lelaki dan mendapatkan bimbingan serta rawatan daripada ahli agama di Tanjung Rambutan, Perak,” katanya. myMetro
Read More..

Jumat, 14 Maret 2014

Najwa Latiff Dapat 4A Untuk SPM


Najwa Latiff Dapat 4A Untuk SPM
Najwa Latiff Dapat 4A Untuk SPM - BATU PAHAT : Penyanyi remaja yang dikenali dengan lagu Cinta Muka Buku dan Kosong, Najwa Latiff telah memperoleh 4A daripada 10 mata pelajaran yang diambil dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.
Menerusi laporan Utusan Online hari ini, Najwa atau nama sebenarnya, Imratul Najwa Abdul Latif yang merupakan pelajar aliran Sains Tulen Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Temenggong Ibrahim, Batu Pahat bagaimanapun tidak hadir untuk mengambil slip keputusan peperiksaannya.
Keputusan SPM Najwa diambil oleh kakaknya, Syafikah yang hadir seorang diri dengan membawa kad pengenalan adiknya sebagai bukti untuk mendapatkan keputusan tersebut.
Usaha sekumpulan wartawan media untuk menemubual kakak kepada penyanyi tersebut gagal apabila dia enggan melayan pihak media dan bergegas pulang sebaik menerima slip keputusan peperiksaan adiknya itu.
Najwa antara 192 pelajar sekolah tersebut yang mengambil peperiksaan SPM tahun lalu dan keputusannya diumumkan hari ini.
Penyanyi itu ketika menduduki SPM tahun lalu menyasarkan untuk mendapat 6A selepas berjaya memperoleh 5A dalam peperiksaan percubaan. – Murai
Read More..

Kamis, 13 Maret 2014

Bantahan bertambah jika tarif elektrik naik 2014

Malaysiakini Nov 29 2013


Kerajaan harus menjangkakan bantahan jika cuba memindahkan kos tinggi elektrik kepada awam bermula 2014 kerana ia tidak pernah dilihat menerokai kesemua alternatif lain.

"Menghentikan subsidi tanpa menyelesaikan salah tadbir dan kita mencipta lohong hitam kepada kerajaan untuk terus menyedut wang.

"Ia seperti mengambil alkohol untuk diberikan kepada kaki botol... Tiada jumlah cukai yang dapat menampung ketamakan BN," kata anggota Parlimen Pandan.

Malaysia mungkin menaikkan tarif bekalan elektrik antara enam dan tujuh sen bagi satu kilowatt tahun depan, kata Menteri Tenaga. Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkil semalam.

Bagaimanapun, Ongkili berkata kerajaan akan memastikan kenaikan tarif tidak menjejaskan kumpulan berpendapatan rendah.

Read More..

Rabu, 12 Maret 2014

Kerajaan Kedah tangguh pelaksanaan AES

Harakahdaily

Wan Nordin Wan Yaacob, 19 Okt 2012
KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Kedah mengambil pendirian menggunakan kuasa negeri untuk menangguhkan sementara pelaksanaan Sistem Kamera Penguatkuasaan Automatik (AES) hingga taklimat dan kajian dibuat ke atas sistem itu.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga Kedah, Dato Ir Phahrolrazi Zawawi, keputusan itu dibuat setelah mendengar keluhan rakyat yang tertekan dengan pelaksanaan sistem AES oleh Kerajaan Pusat.

Bercakap kepada Harakahdaily, Phahrolrazi menegaskan, denda dan kaedah yang digunakan dalam sistem AES ini amat membebankan rakyat.

"Rakyat merungut, rakyat tertekan dengan sistem ini.Kita ambil pendirian sama dengan negeri Pakatan Rakyat yang lain untuk tangguh hingga penjelasan membabitkan agensi berkaitan dibuat, dan kajian dilaksanakan," ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kundor.

Malahan pula kata beliau,  Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masih tidak meluluskan lagi penggunaan atau pemasangan AES di kawasan membabitkan hak PBT di sana.

Ditanya samada keputusan itu adalan keputusan bersama pimpinan kerajaan Negeri Kedah, beliau memaklumkan ianya telah dibincang di peringkat PAS Negeri dan makluman kepada Pesuruhjaya, Dato Seri Azizan Razak selaku Menteri Besar Kedah.

"Kita tunggu taklimat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ); Kementerian Pengangkutan dan dua syarikat terbabit dalam AES ini," katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah.

Mengulas keputusan itu, Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar pula menyokong penuh pengumuman itu memandangkan rakyat menolak pelaksanaan kamera AES yang dikatakan akan mengkayakan kroni.

Kata beliau lagi, sistem tersebut hanyalah sebagai sandaran pemimpin BN untuk mendapat laba tinjauan kontrak yang bernilai RM717 juta tidak termasuk saman yang dikenakan ke atas pengguna jalan raya.

"Ini kaedah mereka nak ragut wang rakyat, nak bagi kepada kroni.Sebab itu kita di Kedah tidak mahu ia diteruskan," katanya.

Sementara itu Pengguna Lebuhraya Lembah Klang (SKVE)  mendesak kerajaan mengalihkan kamera AES daripada laluan Hospital Serdang ke lokasi lain yang lebih sesuai.

Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital Serdang, Mohd Sharifudin Johan berkata, kerajaan perlu mengkaji semula pemilihan lokasi dan had laju bersesuaian untuk pelaksanaan sistem itu.

"Dalam keadaan kecemasan terutamanya membawa pesakit ke hospital kelajuan 80 kilometer sejam adalah tidak wajar. Kami minta kerajaan mengkaji semula pelaksanaan sistem ini di lokasi bersesuaian,” katanya dalam satu laporan akhbar tempatan.

Pelaksanaan AES sejak dua minggu lalu mendapat reaksi negatif daripada pengguna jalan raya berhubung lokasi alat tersebut tidak relevan dengan situasi jalan raya.
Read More..

Selasa, 11 Maret 2014

Saya Tak Nak Jadi Penceramah Kata Abb




Lama tak mendengar cerita tentang Abby Abadi. Terkini menerusi blog Buahmulut.com,  Abby meluahkan perasaan kesalnya  dengan sikap AC Mizal yang bercakap mengenai peribadi dirinya.
Namun begitu, kata Abby, dia masih sayangkan AC Mizal sebagai sahabatnya kerana mereka pernah berkawan rapat.
“Bila saya dekat dengan agama macam ni dia kata saya saja-saja nak tunjuk beriman katanya, tak payahlah, agama simpan je dalam hati dia kata.
“Lepas tu kawan saya jawab, kalau macam tu ko sembahyang je dalam jamban, ungkapan tersebut disambut dengan gelak ketawa dari penonton yang hadir,” kata Abby.
Dalam pada itu, Abby menjelaskan dia masih sayangkan dunia lakonan dan teringin untuk kembali berlakon seperti dahulu.
Malah, dia tidak mahu orang ramai melabelkan dirinya sebagai bekas pelakon kerana Abby mempunyai cita-cita untuk berdakwah melalui lakonan.
Abby juga mengakui yang ‘bekerja’ sebagai penceramah adalah bukan minatnya dan dia yakin dia tidak boleh kekal berkemampuan untuk menjadi penceramah.
“Jangan letakkan saya sebagai seorang bekas pelakon ya, kerana saya masih sayangkan dunia hiburan. Saya tak nak buat kerja apa yang saya buat sekarang ini sebab ini bukan kemampuan saya. Saya tak nak jadi penceramah dan saya tak nak jadi ahli politik sebenarnya.
“Saya masih mahu berlakon dan Insyallah dengan lakonan pun kita boleh berdakwah untuk agama Allah SWT. jadi saya mengharapkan sesuatu yang baik untuk negara, untuk industri hiburan, untuk kawan-kawan saya dan untuk semua umat islam,” katanya lagi. – MyNewsHub

Read More..

Senin, 10 Maret 2014

Klan Uzumaki


KLAN UZUMAKIklan uzumaki
desa: uzushiogakure
spesialis: fuinjutsu
anggota :
- uzumaki Nagato
- orang tua nagato
- pemimpin klan uzumaki
- uzumaki Kushina
- uzumaki naruto
- uzumaki mito

Klan uzumaki adalah klan yang berasal dari negara pusaran air, tepatnya di desa uzushiogakure yang desa tersebut memiliki ikatan yang kuat dengan desa konohagakure, shinobi klan senju dan klan uzumaki merupakan kerabat jauh.

Kebanyakan warga desa uzushiogakure (termasuk klan uzumaki) dianugerahi umur yang panjang sehingga desa tersebut dijuluki oleh masyarakat "desa umur panjang". Orang-orang dari klan uzumaki memiliki kemampuan yang spesial dalam tekhnik penyegelan walaupun prosesnya sedikit kasar, dan segel 4 elemen yang digunakan untuk menyegel kyuubi didalam tubuh naruto adalah juga termasuk segel buatan klan uzumaki.

Oh ya, kalau kita lihat di tiap bagian belakang rompi bagi ninja konoha sekaligus di belakang baju naruto ada lambang spiral yang merupakan simbol dari uzugakure yang menandakan persahabatan dan niat baik dan hingga saat ini konohagakure masih menggunakananya.
sampai saat ini rupanya desa uzugakure sudah hancur karena pada masa peperangan orang-orang pada takut sama kemampuan penyegelan klan uzumaki, dan yang masih hidup sisanya menyebar ke berbagai penjuru dunia.
ternyata jinchuriki sebelum uzumaki naruto sendiri merupakan dari klan uzumaki, jinchuriki kyuubi pertama adalah uzumaki mito yang merupakan istri hokage pertama, singkatnya setelah pertatungan hokage pertama dan madara uchiha di lembah akhir.
uzumaki mito mengekstrak kyuubi ke dalam dirinya, dan setelah uzumaki mito sudah merasa tidak sanggup menahan kyuubi akhirnya degan pertimbangan matang, uzumaki kushina (istri hokage ke4) ditunjuk sebagai jinchuriki kyuubi selanjutnya karena memiliki chakra yang kuat untuk menahan kyuubi, dan seperti yang kita ketahui bahwa jinchuriki selanjutnya adalah anaknya sendiri yaitu uzumaki naruto.

satu lagi keturunan klan uzumaki adalah nagato serta ibu nagato pada naruto chapter 509 madara mengatakan bahwa nagato merupakan keturunan klan uzumaki dari warna rambut merahnya.






Sumber
Read More..

Minggu, 09 Maret 2014

Taska haram pengasuh tidak terlatih sumbang kematian bayi

sinar harian
22 Ogos 2012
KUALA LUMPUR- Pusat jagaan atau taska yang beroperasi tanpa lesen serta penggunaan pengasuh tidak berkemahiran menjadi antara faktor utama menyumbang kepada peningkatan kematian bayi di taska.
  
Presiden Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM) Shamsinah Che Shariff berkata kebanyakan kes kematian bayi berlaku di rumah taska yang tidak berdaftar serta diurus oleh suri rumah.
  
Beliau berkata buat masa ini dianggarkan terdapat kira-kira 3,000 taska dan pusat jagaan kanak-kanak di seluruh negara namun hanya sekitar 1,000 sahaja yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
  
"Kebanyakan kes kematian seperti yang berlaku di Putrajaya...bayi diasuh suri rumah yang tidak terlatih, menjadikan rumah sendiri yang tidak didaftarkan sebagai tempat untuk menjaga bayi dan kanak-kanak," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.
  
Beliau berkata statistik JKM mendapati seramai enam bayi meninggal di dalam taska pada tahun lepas manakala pada tahun ini sehingga Julai sahaja, tujuh kes kematian bayi dilaporkan.

"Kita lihat ada peningkatan kes dan ia amat membimbangkan. Kita tidak mahu bayi terus dijaga oleh mereka yang tidak terlatih dan tidak mengikut piawaian ditetapkan," katanya sambil menambah kematian yang berlaku di taska berdaftar hanya lapan peratus daripada jumlah itu.
  
Shamsinah berkata punca kematian bayi di taska bukan sahaja disebabkan tersedak susu tetapi juga akibat berlaku hentakan di kepala yang dipercayai akibat penggunaan buaian.
  
"Kita dapati ramai pengasuh di taska tidak berdaftar ini menggunakan buaian bagi menidurkan bayi sedangkan JKM mengharamkan penggunaan buaian di taska kerana dikhuatiri berlaku goncangan kuat yang boleh membahayakan bayi dan mengakibatkan hentakan di kepala yang kita panggil shaken baby syndrom," katanya.
  
Beliau menyeru para pengasuh yang mengambil lebih daripada tiga bayi atau kanak-kanak untuk dijaga agar mendaftar dengan JKM supaya mereka dapat dilatih dengan cara pengasuhan kanak-kanak yang betul dan selamat.
  
Shamsinah turut mencadangkan JKM agar mewajibkan mereka yang menjaga walaupun seorang bayi untuk mendaftar secara ringkas agar boleh mengambil kursus berkenaan sekaligus dapat memantau keadaan pusat jagaan tersebut.

Katanya PPBM telah memberikan latihan Kursus Asas Kanak-Kanak kepada lebih 3,000 pengasuh berdaftar sejak tahun 2000 dan kesemua mereka menunjukkan perbezaan yang amat ketara selepas menyertai latihan.
  
"Harap ramai lagi pengasuh dapat menjalani latihan di PPBM dan kita harap kerajaan juga akan dapat memberikan latihan secara percuma kepada mereka...PPBM sudah buat pilot projek dengan memberi latihan dan alatan permainan percuma.
  
"Latihan tersebut dijalankan selama lima hari dan mereka diberi alat bantuan mengajar termasuk permainan bersesuaian yang berharga RM500 serta diberi mentor untuk memantau dan membimbing mereka dalam mengadakan aktiviti perkembangan menyeluruh kanak-kanak," katanya.
  
Beliau berkata pemantauan yang dilakukan mendapati pengasuh yang menjalani latihan berupaya mengubah pendekatan dari segi asuhan, didikan, makanan, kepelbagaian aktiviti malah sudah tidak malu untuk menyanyi dan bercerita kepada kanak-kanak.
  
"Malah pengasuh di rumah kini turut mengajar kanak-kanak membersihkan diri, melipat baju, menyapu rumah, memotong sayur dengan cara mematah-matahkan menggunakan jari dan tidak lagi hanya mengajak tidur atau menonton televisyen setiap hari," katanya.
  
Beliau turut mengingatkan ibu bapa agar menghantar anak mereka ke taska yang berkualiti dan berdaftar serta mempunyai pengasuh terlatih mengelakkan masalah dan kejadian tidak diingini.
  
"Perkembangan kanak-kanak sangat kritikal pada usia empat tahun pertama, mereka lebih cepat belajar dan ingat, maka pilih taska yang ajar bagai guru, asuh bagai ibu yang membimbing dengan kasih sayang dan menggunakan bahasa yang baik untuk perkembangan bahasa dan sikap," katanya. -Bernama
Read More..

Sabtu, 08 Maret 2014

SEBAB KENAPA INDON MARAH DIPANGGIL INDON!

KENAPA ORANG INDON SANGAT MARAH BILA DIPANGGIL INDON | Hampir semua orang Indonesia marah kalau dipanggil dengan panggilan “INDON”. Orang Malaysia sebenarnya sudah terbiasa dengan panggilan demikian tanpa mengetahui kenapa orang Indonesia sangat marah bila dipanggil dengan gelaran itu.
Entri ini bukan berniat untuk membuat orang Indonesia marah tetapi ingin membuat pendedahan kenapa mereka sangat marah dengan panggilan sedemikian.
Betul atau tidak, WALLAHUALAM.
Mohon orang Indo sendiri jelaskan kenapa panggilan sedemikian mampu mengundang kemarahan anda semua.
Read More..

Kamis, 06 Maret 2014

6 Anak Yang di Besarkan Oleh Hewan

Anda tentu ingat tentang kisah seorang anak yang dibesarkan oleh kumpulan monyet, yup itulah Tarzan, rupanya bukan cerita omong kosong belaka hewan memelihara anak manusia hingga akhirnya berubah seperti mereka, dibawah ini adalah sedikit kisah menakjubkan dari manusia yang di besarkan oleh hewan!

Gazelle Boy

Pada tahun 1960, antropolog Spanyol Jean-Claude Auger menerima laporan dari nomads di gurunSahara bahwa ada seorang anak telah berjalan bebas di gurun. Ia pergi untuk melakukan investigasi, dan tentu saja, ia melihat seorang anak laki-laki bersama sekumpulan gazelles ( Kijang Gurun).


Antropolog tersebut kemudian memperhatikan anak tersebut, dan betapa kagetnya ia ketika melihat anak tersebut berkomunikasi dengan kawanan hewan tersebut sambil memakan akar-akaran, kadal, dan cacing .

Auger kembali dua tahun kemudian dengan tentara Spanyol untuk menangkap anak tersebut. Tetapi ketika mereka mencoba untuk mengejar,Jeep yang ditumpanginya terbalik. Tahun 1966, Auger membuat satu upaya terakhir untuk menangkap anak dengan helikopter dan jaring, tetapi juga tidak bertinjauan menagkap anak tersebut.

John Ssbunya

Pada tahun 1988,anak laki-laki berumur 4 tahun bernama John Ssebunya melihat ayahnya menembak dan membunuh ibunya. Takut akan hidupnya, Yohanes berlari ke dalam hutan di negara Uganda dan bergabung dengan kumpulan Monyet penghuni hutan tersebut, salah satu dari beberapa binatang menyusui lainnya menerima anak tersebut menjadi bagian dari kelompoknya.

Ketika Yohanes ditemukan lebih dari satu tahun kemudian, ia mempunyai rambut tebal meliputi tubuhnya, dia berjalan berlutut dan menekuk jari tangannya, dan dia tidak bisa memakan makanan yang dimasak.

Namun setelah diadopsi sebuah panti asuhan Kristen di kota Masaka, sisi kemanusiaannya mulai terlihat. Sekarang ia berumur 24, John telah belajar untuk berbicara dan berjalan tegak lurus. Ia bahkan memutar musik dan gitar. Dan pada tahun 1999, dia bepergian ke Eropa dengan dari Afrika dengan anak-anak paduan suara. (Foto: BBC - Anak Wolves Busana)

Ivan Mishukov

Pada tahun 1996, 4 tahun Ivan Mishukov berlari jauh dari orang tua untuk menjadi salah satu dari 2 juta anak-anak tuna wisma hidup di jalanan di Rusia.
Setelah hidup terlunta-lunta dijalanan kota Moscow, akhirnya ia bergabung dengan kumuplan anjing jalanan untuk mencari makanan dan perlindungan di dinginya langit malam kota Moscow, dan menjadikan dia pemimpin mereka.Dua tahun kemudian, polisi menangkap anak tersebut di belakang dapur di sebuah restoran, ketika sedang mengais sisa sisa makanan, kemudian ia dibawa kesebuah panti sosial dan dengan cepat untuk menyesuaikan dengan kehidupan dunia manusia. Sekarang, Ivan hidup dengan normal , walaupun dia masih mimpi tentang anjing. (Foto: Marcianitos Verdes)

Victor

Ditemukan anak 12 tahun bernama Victor muncul dari kayu di Aveyron, Perancis, ia tidak dapat berbicara, makan daging mentah, dan banyak cakaran diseluruh tubuhnya.

kejadian tersebut terjadi tahun 1799, dan Victor segera menemukan dirinya di tengah perdebatan filosofis dari alam sekitar manusia. Adalah manusia dilahirkan baik, hanya akan rusak oleh masyarakat? Atau dia dilahirkan egois dan kejam, dalam kebutuhan masyarakat?

Seorang dokter bernama Jean Itard dikhususkan untuk menganalisa Victor, percaya bahwa jika ia dapat mengajarinya untuk dapat berbicara bahasa manusia dan menunjukkan rasa kasih sayang, ia dapat membuktikan, bahwa jauh dari pendidikan dapat menimbulkan sisi binatang kita semua. Sayangnya untuk Itard, Victor tidak pernah membuat banyak kemajuan.

Misha

Pada tahun 1997, seorang wanita bernama Monique "Misha" Defonesca mempublikasikan kisah hidupnya tentang Holocaust. Menurut buku nya, Nazi telah membunuh orang tuanya di Brussels ketika dia hanya berusia 7 tahun. langsung saja, ia hanya sebatang kara Misha melewati daratan eropa sendirian dengan sepasang serigala yang menemaninya selama berbulan-bulan, mungkin tahun.akhirnya tibalah ia di Ukraina.

Cerita sebuah kisah hidup yang menakjubkan, koran Belgia mewawancarainya dan memberitakan rincian dan menemukan bahwa Mishas nama sebenarnya adalah Monique De

Waal. Meskipun orang tuanya meninggal dalam perang, ia akhirnya dirawat oleh kakenya. Misha kemudian datang dengan bersih dan menjelaskan ke pers Belgia cerita "kenyataan" dan "jalan hidup".

Amala and Kemala

Dua remaja putri ditemukan di dekat Calcutta 1926 oleh Wahyu Yusuf Singh, seorang pendeta lokal di panti asuhan. Singh menulis dalam buku harian bahwa mereka telah lama mempunya gigi yang aneh dan benci kepada matahari, melolongi bulan, makan dari mangkuk di atas tanah, dan melihat dengan jelas di dalam gelap. Ia mencoba untuk membudayakan kehidupan bersosialisasi Amala dan Kamala, tapi tidak dapat. 

sumber
Read More..

Rabu, 05 Maret 2014

4 Pemandian Paling Mewah Di Dunia

Suka berenang? Jangan lupa kunjungi 4 Pemandian Paling Mewah Di Dunia dibawah ini. Ketika menjelajah ke berbagai sudut dunia, Anda mungkin akan bertemu dengan banyak sekali pilihan tempat pemandian yang bisa Anda nikmati. Memanjakan diri di sebuah tempat pemandian adalah tradisi mewah para bangsawan Romawi. Kala itu mereka gemar mengunjungi tempat-tempat ini bukan hanya sekedar untuk rekreasi, namun juga untuk penyembuhan dan peremajaan diri. Masa berganti, nama dan pola adopsi pun kini berganti. Tempat favorit bangsa Romawi itupun kini berganti nama menjadi spa seperti berikut ini..

 
1. Cagaloglu Hamami, Istanbul, Turki

http://www.didunia.net/
Pemandian Paling Mewah Di Dunia
Di Istanbul, orang menyebut tempat pemandian dengan nama hamam. Dan di seluruh daratan Turki, tak ada yang bisa mengalahkan Cagaloglu, hamam terakhir yang dibangun di masa pemerintahan Kekaisaran Ottoman dan telah beroperasi sejak tahun 1741. Tempat pemandian yang terkenal dengan interior yang mempesona serta tekhnik pijat dan uap panas yang menggetarkan jiwa ini dimasa jayanya diyakini pernah memberikan dedikasi terbaiknya untuk para figur dunia, termasuk Florence Nightingale dan Raja Edward VIII dari Inggris. Usia yang telah mencapai lebih dari 270 tahun tak membuat Cagaloglu kehilangan daya tarik dan pesonanya karena sampai hari inipun dia masih memiliki posisi dalam daftar 1,000 Places To See Before You Die.


2. Gellert Baths & Spa, Budapest, Hungaria

Salah satu tempat pemandian yang paling populer dikalangan wisatawan yang berkunjung ke Budapest adalah Gellert Baths & Spa. Mata air alami yang diyakini berkhasiat seperti obat, perabotan dengan gaya Art Nouveau, mosaik artistik, jendela kaca patri dan berbagai pahatan adalah kombinasi keindahan dengan dosis yang sempurna untuk semua wisatawan yang ingin menikmatinya. Gellert Baths & Spa membuka pintunya pertamakali di tahun 1919 dan memiliki 13 bak mandi yang terdiri dari dua pemandian effervescent, tiga kolam renang, dan delapan pemandian air panas dengan suhu air bervariasi 24-37 derajat Celsius.


3. The Thermal Baths, Vals, Swiss

Dengan menggunakan kombinasi konsep ruang gelap dan terang, serta tertutup dan terbuka, pemandian air panas di Vals, Swiss, ini adalah surga untuk bersantai dan menenangkan diri. Dengan fasilitas indoor dan outdoor yang beragam, termasuk kolam renang, ruang pijat dan relaksasi, ditambah kehadiran kolam renang api, kolam es, kolam bunga dan pemandangan gunung yang mempesona, The Thermal Baths menawarkan lebih dari yang bisa Anda minta.


4. Poseidon Gardens, Ischia, Italia

http://www.didunia.net/
Khusus untuk kenyamanan dan kebahagiaan Anda, gunung vulkanik di Italia mengalirkan mata air dengan panas yang alami ke berbagai kolam serta bak penampungan air di Poseidon Gardens. Suhu air yang tinggi serta kekayaan kandungan mineral dalam air (termasuk diantaranya sodium, kalsium, potasium, besi, dan mangan) menjadikan Poseidon Gardens sebagai salah satu tempat pemandian air panas paling terapis yang bisa Anda temukan. Untuk (hampir) apapun jenis penyakit yang Anda derita, air panas Poseidon Gardens dipercaya mampu menyembuhkannya.
 
 
sumber
Read More..